Gambar hiasan

CHIBA – Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) didapati memiliki pistol dan peluru dalam penerbangan dari Altanta ke lapangan terbang Narita, dekat Tokyo pada minggu lalu dihalang memasuki Jepun, kata sumber lapangan terbang.

Wanita tersebut, dipercayai berumur dalam lingkungan 30an, memberitahu anak kapal Delta Air Lines semasa penerbangan bahawa beliau tersilap membawa senjata dan peluru bersamanya dalam pesawat, walaupun telah melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang di selatan AS, kata sumber.

Anak kapal mengambil pistol tersebut daripada wanita itu sehingga pesawat tiba di Tokyo pada 3 Januari lalu, kata sumber sambil menambah beliau merupakan pemilik senjata itu bagi tujuan pertahanan diri.

Wanita tersebut pulang ke AS pada hari yang sama, kata mereka.

Pada 14 Disember lalu, seorang pembantu juruterbang warga AS didapati memiliki lima peluru hidup semasa pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas di Lapangan Terbang Narita, Jepun, kata sumber.

Beliau yang bekerja dengan Ameican Airlines berkata, peluru-peluru tersebut berada dalam begnya secara tidak sengaja dan menyarahkannya kepada kakitangan lapangan terbang dan bekerja seperti biasa mengikut jadual, kata mereka.

Menyifatkan kedua kedua-dua kes tersebut sebagai ‘insiden yang serius’, Kementerian Pengangkutan Jepun telah meminta pihak berkuasa keselamatan pengangkutan AS mengambil langkah-langkah pencegahan.

Kementerian di Jepun telah meminta permintaan yang sama berikutan beberapa siri insiden pada 2017 yang mana lima butir peluru hidup dibawa ke dalam pesawat dari AS ke lapangan terbang Narita dan Haneda. – Agensi