Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, dijangka diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah hari ini.
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, dijangka diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah hari ini.

SHAH ALAM – Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, dijangka diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama di sini, hari ini.

“Will do it (serah notis kekosongan) this afternoon,” katanya ringkas.

Bakhtiar, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada pukul 4.45 pagi Jumaat lepas (11 Jan) akibat serangan jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Semenyih meninggal dunia

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menewaskan tiga calon lain, Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM) dengan majoriti 8,964 undi.

Bakhtiar, yang juga Ketua Bahagian PPBM Hulu Langat, memperoleh 23,428 undi.

— BERNAMA