Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. foto IQBAL BASRI, 04 DISEMBER 2018
Mohamad Fuzi Harun.

KUALA LUMPUR – Sebarang isu kewangan atau politik wang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands akan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata pada PRK itu, polis hanya memberi penekanan berhubung isu keselamatan sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

“Kami telah bermesyuarat beberapa hari lalu dan isu kewangan akan disiasat SPRM dan bukannya polis. Setakat ini proses pilihan raya berjalan lancar tanpa gangguan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) di Bukit Aman di sini, hari ini. – BERNAMA

SPR tidak boleh buat apa, buat laporan polis – Azhar