Polis sedang berusaha mengesan seorang lelaki yang disyaki mengugut isterinya dengan menggunakan selaras senapang buatan sendiri atau bakakuk dalam kejadian di Kampung Gorowot Kuala Penyu dekat sini, semalam.
Berang bekas jirannya menafikan melakukan hubungan seks dengan isterinya, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan ke udara dalam satu kejadian di Sungai Semambu, Kubang Semang di sini semalam.- Gambar hiasan.

BESUT – Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila dikatakan terjun ke dalam Sungai Besut selepas gagal dalam cubaan menyamun seorang wanita warga emas di Kampung Dengir di sini.

Lelaki berusia 45 tahun bersenjatakan parang itu dilapor cuba menyamun wanita penternak lembu berusia 62 tahun itu di kawasan ternakannya kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Cubaan untuk menyamun itu tidak berjaya apabila wanita berkenaan menjerit menyebabkan lelaki terbabit melarikan diri,” kata Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan wanita itu, lelaki terbabit dilapor terjun ke sungai berhampiran dan penduduk kampung menemui beg pinggang bersama kad pengenalan dipercayai milik lelaki terbabit di tepi sungai itu.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Jertih, Hanaffi Mohd berkata, operasi mencari dan menyelamat lelaki terbabit dilakukan pada jarak lingkungan 25 meter dari tempat terakhir dia dilihat.

“Kami turut menjalankan pencarian di kawasan berteluk dan sekitar tebing sungai,” katanya. – Bernama