abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.
Laporan Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan.

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mahu siasatan kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijalankan dengan telus agar tidak wujud campur tangan politik, kata pengerusinya Aminuddin Yahaya.

“Kerajaan perlu ambil tindakan segera dan tidak melengah-lengahkan (proses perundangan) berhubung kes ini kerana kita tidak mahu wujudnya unsur ubah suai laporan (kematian Muhammad Adib) atau (cubaan) melindungi mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan UMMAH menganjurkan perhimpunan di seluruh negara jika wujud salah laku dalam pengendalian siasatan itu.

Muhammad Adib, 24, cedera parah dipercayai dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lepas dan anggota bomba itu disahkan meninggal dunia pada 18 Dis di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Pada 10 Jan lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis telah melengkapkan sepenuhnya siasatan kes kematian Muhammad Adib dan kertas siasatan itu telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette