Penerbangan terus yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani, Thailand ke Kota Bharu bakal menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.
Dilaporkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrida dijangka memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malindo Air mengesahkan seorang kru kabinnya ditahan Polis Persekutuan Australia (AFP) sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne pada 7 Januari lalu.

Kru kabin itu telah digantung tugas berlkuatkuasa serta merta, tertakluk kepada pemecatan, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.

Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, katanya, Malindo Air tidak akan berkompromi dengan kakitangan yang melakukan jenayah atau berkelakuan buruk.

Menurutnya, semua penerbangan dan kru kabin menerima latihan yang mencukupi dan berterusan dalam semua aspek tingkah laku untuk memenuhi standard operasi yang ketat.

Berdasarkan siasatan dalaman syarikat, tambahnya, Malindo Air yakin penahanan itu adalah insiden terpencil yang timbul daripada kelakuan buruk kakitangan.

“Tiada ada lagi daripada baki kru kabin Malindo Air pada penerbangan itu ditahan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan media Australia tentang penahanan kakitangan syarikat penerbangan antarabangsa yang didakwa menyeludup heroin dan ice (methamphetamine) ke Sydney dan Melbourne.

Menurut laporan itu yang memetik pihak berkuasa berkata, mereka adalah sebahagian daripada ahli sindiket penyeludupan utama dadah yang telah beroperasi sejak sekian lama

Bagaimanapun, menurut Malindo Air, sehibgga kini syarikat penerbangan itu tidak berhubung secara rasmi sama ada dengan kakitangannya itu ataupun pihak polis persekutuan Australia berrhubung penahanan tersebuyt.

“Kami sepatutnya menimbulkan perkara ini dengan pejabat konsul Malaysia di Melbourne apabila mengetahui mengenai penahanan ini,” katanya.

Menurutnya, Malindo Air difahamkan daripada pelbagai laporan media bahawa kru kabin itu ditahan kerana dituduh menjadi sebahagian daripada ahli sindiket dadah antarabangsa yang menggunakan pelbagai kru kabin syarikat penerbangan untuk menyeludup dadah ke Australia.

“Malindo Air menerusi pelbagai laporan media sedar kru kabin syarikat penerbangan antarabangsa lain juga telah ditahan kerana dakwaan yang sama dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Katanya, syarikat penerbangan itu sedia untuk bekerjsama dengan pihak berkuasa Australia dan Malaysia. – MalaysiaGazette