abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.
Inkues kematian Muhammad Adib esok

KUALA LUMPUR –  Prosiding inkues berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan diadakan di Mahkamah Shah Alam.

Inkues itu akan diadakan di Mahkamah Sesyen bermula jam 8 pagi.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib.

Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pada 17 Disember lalu.

Allahyarham meninggal dunia selepas menerima rawatan selama tiga minggu akibat cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Difahamkan sekurang-kurangnya lapan orang pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan terlibat dalam inkues kematian Adib.

Kesemua mereka adalah anggota yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran kereta berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya, pada 27 November lalu.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan