Enes Kanter

ANKARA – Pendakwa raya Turki telah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa untuk pemain bola keranjang New York Knicks, Enes Kanter.

Kanter, 26, yang menyifatkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai diktator menafikan tuduhan itu.

Pasport Turki Kanter dibatalkan pada tahun 2017. Beliau kini memegang kad hijau Amerika Syarikat.

Awal bulan ini, Kanter memberitahu dia tidak akan ke London bagi perlawanan kelab NBA yang akan berlangsung pada 17 Januari kerana bimbang akan pengintip Turki.

“Ada peluang untuk saya dibunuh di luar sana,” katanya.

Dalam hantarannya dalam Facebook pada hari Rabu, Kanter berkata, kerajaan Turki tidak dapat menunjukkan apa-apa bukti bukti kesalahannya.

“Saya tidak mempunyai tiket letak kereta di Amerika Syarikat, saya sentiasa menjadi pemastautin yang mematuhi undang-undang,” katanya.

Kad hijau Kanter di Amerika Syarikat membolehkannya untuk hidup dan bekerja di Amerika secara kekal.

Waran tangkap dikeluarkan untuk bapanya, Mehmet, pada Jun 2018 selepas profesor universiti itu dituduh menghubungi anggota organisasi yang dilarang.

Lebih daripada 50,000 orang telah dipenjarakan di seluruh Turki dalam tindakan keras oleh pihak berkuasa selepas rancangan untuk menggulingkan Erdogan gagal. – MalaysiaGazette