EPL
Penyerang Arsenal Koscielnys bersorak gembira selepas berjaya memasukkan bola ke gawang pintu gol Chelsea

LONDON – Arsenal mencatat kemenangan 2–0 ke atas Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), bagi merapatkan jurang mata dalam usaha merebut slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam perlawanan di Stadium Emirates itu, pasukan bimbingan Unai Emery memperoleh gol pertama pada minit ke-14 menerusi Alexandre Lacazette hasil percubaan di depan pintu gol lawan yang melepasi penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga.

The Gunners terus mengukuhkan kedudukan dan menghukum The Blues dengan gol kedua hasil jaringan Lauren Koscielny (m38) dengan satu bola lantunan terkena bahunya dan menerjah jaring lawan.

Chelsea dikendali Mauruzio Sarri cuba bangkit dalam babak kedua namum percubaan barisan serangannya dihampakan pertahanan Arsenal hingga akhir perlawanan.

“Ia kemenangan bermakna buat Arsenal dalam perlawanan derbi berdepan Chelsea yang sebelumnya menjarakkan kedudukan dengan enam mata.

“Kami kekal optimis menghadapi perlawanan penting ini,” kata Emery, lapor AFP.

Selepas 23 perlawanan, kini Arsenal di tempat kelima dengan 44 mata, berbeza tiga mata dengan Chelsea (47) di atasnya. – MalaysiaGazette