Pasukan polis bertempur dengan penunjuk perasan di Athens selepas rakyat ,membantah pertikaian berhubung nama Macedonia. foto Agensi

ATHENS – Para penunjuk perasaan telah bertempur dengan polis di ibu kota Yunani ketika menentang keputusan kerajaan dengan Macedonia berhubung perubahan nama negara.

Tunjuk perasaan besar-besaran itu telah dihadiri puluhan ribu orang.

Perjanjian perubahan nama itut belum diluluskan.

Tetapi, dalam perjanjian itu, Greece bersetuju jiran utaranya  dinamakan sebagai Republik Utara Macedonia.

Nama Macedonia sangat sensitif bagi banyak orang Yunan kerana ia sama dengan wilayah Greek.

Selama bertahun-tahun bertelagah, akhirnya perjanjian perubahan nama dibuat pada Jun tahun lalu antara Perdana Menteri Greek, Alexis Tsipras dan rakan sejawatnya dari Macedonia.

Undi perjanjian untuk menamatkan pertikaian 28 tahun antara dua negara itu akan diadakan di Parlimen Yunani minggu ini.

Pertikaian itu berlaku sejak tahun 1991 dan perpecahan Yugoslavia.

Macedonia adalah sebuah republik Yugoslavia dan menggunakan nama Macedonia ketika menjadi negara merdeka.

Tetapi Greece mempertikaian penggunaan nama itu kerana ada kaitan dengan tuntutan wilayah dan pengagihan budaya.

Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, nama itu secara rasmi Macedonia dikenali sebagai wilayah bekas Republik Yugoslav Macedonia (Fyrom). – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.