TERKINI : ITU BUKAN KERJA SAYA! Nak Tukar Undang-Undang – Pengerusi SPR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun menegaskan, beliau boleh ditangkap oleh pihak polis dan diheret ke mahkamah sekiranya mengambil tindakan di luar bidang kuasanya.

Azhar berkata, beliau tidak akan tunduk kepada tuntutan mana-mana pihak agar mengambil tindakan termasuk menyiasat dan menangkap mana-mana pihak yang melanggari Akta Kesalahan Pilihan Raya.