Isu kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke negeri Sabah seharusnya dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR – DAP memerlukan tambahan 4,148 undi berbanding jumlah undi yang dirai pada Pilihan Raya Umum 2018 untuk merampas kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun DAP kelihatan kalah tipis dengan hanya 597 undi kepada Barisan Nasional (BN) pada tahun lalu, tetapi orang ramai juga terlupa bahawa Pas turut mengumpul 3,587 undi.

“Jika menjumlahkan undi Pas dan BN, maka Pakatan Harapan sebenarnya kalah 4,184 undi.

” Kami justeru perlu menambahkan sembilan peratus undi untuk merampas Cameron Highlands,” katanya kepada Oriental Daily.

Guan Eng juga bimbang tarikh pilihan raya kecil yang hampir dengan Tahun Baharu Cina mungkin menyebabkan perantau tidak mahu pulang mengundi.

Beliau justeru menyeru perantau yang kebanyakannya merupakan penyokong DAP supaya pulang mengundi di Cameron Highlands.

Ditanya tentang kemunculan Datuk Seri Najib Tun Razak di Cameron Highlands, Guan Eng berkata, keadaan itu sebenarnya menguntungkan Pakatan Harapan kerana ia hanya menunjukkan UMNO kekurangan pemimpin yang berkemampuan sehingga perlu bergantung kepada orang lama. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan