Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan pihak kerajaan berhubung status kontrak China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan pihak kerajaan berhubung status kontrak China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan pihak kerajaan berhubung status kontrak China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Tanpa mahu mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau menyerahkan kepada kementerian bertanggungjawab untuk menjelaskan secara terperinci mengenai perkara itu.

“Saya fikir pastinya lepas ini satu kenyataan rasmi akan dibuat, saya harap begitu supaya tidak ada pihak yang kata itu, kata ini…satu pendirian, kenyataan rasmi daripada kerajaan. Tidak kira siapa, ia akan membuat setiap orang jelas mengenai keputusan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku tulisan Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berjudul 9 Mei 2018 Catatan Dari Garis Depan di sebuah pusat membeli belah di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng terkejut Azmin umum kontrak CCCC batal

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini dilapor berkata kerajaan telah memuktamadkan pembatalan kontrak dengan CCCC bagi projek ECRL yang digantung pada Julai 2018, pada mesyuarat kabinet dua hari lepas setelah meneliti semula kos dan mendapati ia terlalu besar serta di luar kemampuan kewangan kerajaan buat masa ini.

— BERNAMA