JEDDAH – Jurulatih kelab bola sepak remaja, Fahad Al-Gharbi menyelamatkan nyawa seorang pemain pasukan itu apabila beliau mendermakan buah pinggangnya.

Youssef Al-Shammari berhenti menjalani latihan dengan pasukan Jubbah setelah mengalami kegagalan buah pinggang.

Tindakan jurulatih kelab divisyen tiga Arab Saudi itu diterima baik masyarakat dan dipiuji Pengerusi Pihak Berkuasa Sukan (GSA) negara itu, Putera Abdul Aziz bin Turki Al-Faisal.

Tulis Putera Abdul Aziz dalam akaun Twitternya: “Apa yang dilakkan oleh jurulatih pasukan bola sepak Jubbah, Fahad Al-Gharbi dengan menderma buah pinggang kepada seorang pemain dalam pasiukannya adalah tindakan yang murni dan berperikemanusiaan.

“Saya memohon kepada tuhan menganugerahkan kebaikan dan saya berterima kasih kepadanya kerana sikap kemanusiaannya ini yang mana ia tidak memeranjatkan saya,” katanya. – Agensi