Mamat Khalid tunjuk jari tanda sudah mengundi.
Mamat Khalid

KUALA LUMPUR – Pengarah filem terkenal Mohamad Mohamad Khalid atau lebih dikenali Mamat dilapor berada dalam keadaan kritikal ketika ini.

Pengarah filem Hantu Kak Limah berusia 56 tahun itu kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di ibu negara akibat sakit dada dan batuk sejak Jumaat lalu.

Mamat pernah dimasukkan ke ICU pada 2017 kerana sesak nafas.

Pada 2014, Mamat pernah menjalani pembedahan kecil bagi membuka saluran darahnya yang tersumbat. – MalaysiaGazette