Sebahagian pengundi beratur bagi membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 26 JANUARI 2019.

CAMERON HIGHLANDS – Pakatan Harapan (PH) menegaskan bahawa pengundi keturunan Cina di Cameron Highlands tetap setia kepadanya walaupun sesetengah analisis menunjukkan keadaan sebaliknya.

China Press melaporkan, ‘kepulangan’ undi Cina kepada Barisan Nasional (BN), faktor sokongan Pas dan kekurangan undi perantau telah mendorong kejayaan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Dalam pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Brinchang, BN memperoleh 709 undi berbanding PH sebanyak 716 undi, sekali gus menunjukkan jurang yang kecil antara dua pesaing politik itu.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, BN memperoleh 675 undi berbanding PH (937) dan Pas (120) di pusat mengundi yang sama.

Walaupun begitu, China Press juga melaporkan bahawa sokongan pengundi Cina terhadap PH telah meningkat daripada 79 peratus kepada 85 peratus di Ringlet.

Pengarah Pilihan Raya PH untuk PRK Cameron Highlands, Wong Kah Woh berpendapat undi Cina tidak pulang ke BN.

Katanya, keadaan di Tanah Rata dan Brinchang tidak dapat memberi gambaran tentang penurunan sokongan pengundi Cina kerana dua kawasan itu merupakan kawasan campuran.

“Adalah tidak  tepat untuk merumuskan undi Cina kembali kepada BN,” katanya dalam wawancara dengan Sinchew Daily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, analisis keputusan di Tanah Rata dan Brinchang perlu mengambil kira hala tuju pengundi yang menyokong Pas pada 2018.

Menurutnya, keputusan di Ringlet pula menunjukkan sokongan kepada PH meningkat lima peratus walaupun sokongan di Tringkap menurun sedikit sebanyak tiga peratus, kedua-duanya merupakan kawasan tumpuan pengundi Cina.

Dalam pada itu, peratusan keluar mengundi dalam kalangan orang muda di Brinchang dan Tanah Rata juga rendah dan mengikut pendapat penduduk tempatan, banyak pengundi muda di Cameron Highlands terdiri daripada perantau, yang diibaratkan sebagai ‘pelampung keselamatan’ PH. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Try not to be duly worried by The Result. The defeat did not shake the ground for PH.

    The Main Reason of The Defeat, instead of 3 Corners Contest, it is a Straight Fight between PH & BN. PAS is the contributing factor to the defeat, as their Supporters threw their support to BN Muslim Candidate.

    This shall be the By Election Noam to come. PH vs BN/PAS

    My advise, get prepared. It means, PH has to do more to woe Malay Votes.

    Though PH is trying to undo what BN has did Malaysia Economic State, rest assured, the ground is still positive in PH favor.

    Get Najib & those BN Goons to Court asap, so that the People can understand the magnitude of what were left by them.

Tinggalkan Jawapan