Suasana sekitar Bilik Gerakan MIC sebelum penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL,11 JANUARI 2019.

KUALA LUMPUR – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands pada Sabtu yang lalu bukan sahaja menyuntik semangat dalam kalangan ahli, malah antara parti itu dengan Pas.

Ketua UMNO Bahagian Kluang Datuk Md Jais Sarday berkata, kejayaan itu juga adalah hasil sumbangan daripada Datuk Seri Mohammad Hassan yang menjalankan tugas Presiden.

“Saya yakin kemenangan BN di parlimen Cameron Highland akan menyuntik semangat kerjasama dalam kalangan komponen BN di samping mengukuhkan pakatan BN-Pas bagi mengharungi cabaran politik baharu.

“Kebijaksanaan Datuk Seri Mohammad Hassan, Timbalan Presiden (yang menjalankan tugas-tugas Presiden) menguruskan persefahaman di kalangan parti komponen BN
, persefahaman dan kerjasama UMNO/BN dengan Pas,” katanya menerusi kenyataan.

Komposisi pengundi Parlimen Cameron Highland pada Pilihan Raya Kecik (PRK) 26 Januari yang lalu adalah Melayu (34%), Cina (30%), India (15%) dan lain2 (Orang Asli – 22%) yang boleh dikatogerikan sebagai kawasan luar bandar.

Walaupun ada pengundi yang masih mengundi Pakatan Harapan, namun tambah beliau, keberhasilan BN di kerusi Parlimen tersebut adalah bukti wujud penolakan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan itu setelah lebih kurang 8 bulan disebabkan isu- isu semasa seperti penetapan harga petrol dan bantuan saraan kepada rakyat.

“Kemarahan rakyat di luar bandar terhadap kerajaan PH kerana gagal menunaikan janji dalam manifesto PRU-14, khususnya yang berkaitan dengan bantuan rakyat serta penurunan harga barang serta petrol,” ujarnya.

Kemenangan Ramli Mohd Nor itu mencipta sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen.

Beliau menang dengan majoriti 3,238 undi.

Bekas pegawai tinggi polis dari suku Semai itu memperolehi 12,038 undi daripada 89 saluran.

Kejayaan itu menyaksikan Ramli mengetepi tiga calon lain,  iaitu M Manogaran (PH) 8,800 undi, Sallehuddin Ab Talib (Bebas) dengan 314 undi dan Wong Seng Yee (bebas) 276 undi.-MalaysiaGazette