Marouane Fellaini. Foto Sky Sports

ENGLAND – Bintang tengah Manchester United, Marouane Fellaini bersetuju terma peribadi bersama Shandong Luneng untuk berhijrah ke kelab China itu.

The Red Devils enggan mengulas lanjut sama ada yuran telah dipersetujui untuk penghijrahan pemain Belgium itu ke China seperti didakwa kebanyakan media tempatan di Eropah.

Fellaini menandatangani kontrak baharu bersama Man United Jun lalu dan akan tamat pada tahun 2020.

Pemain berusia 31 tahun itu menyertai Old Trafford dengan nilai perpindahan 27.5 juta pada 2013 selepas era Sir Alex Ferguson.

Namun walaupun belum ada kenyataan rasmi kelab mengenai penghijrahan Fellaini ke Liga China.

Fellaini tidak mendapat peluang beraksi sejak kehadiran Pengurus Sementara Ole Gunnar Solskjaer pada 19 Disember lalu walaupun dianjutkan kontrak bersama kelab.

Di bawah David Moyes, Louis van Gaal dan Jose Mourinho Fellaini sentiasa menjadi pilihan kesebelasan utama.- MalaysiaGazette