tommy
Tommy Thomas .- foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Tribunal mempunyai mandat untuk menyiasat sama salahlaku enam pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun mereka yang didakwa sudah meletakkan jawatan.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, jika ada salahlaku ia akan memberi kesan kepada persaraan mereka.

Beliau juga menegaskan terdapat empat sebab mengapa prosiding di hadapan tribunal itu bukan akademik iaitu pertama, ia adalah mandat untuk menyiasat tindakan anggota SPR berkenaan persiapan dan pelaksanaan PRU-14.

Sekiranya berpuashati, tribunal akan membuat syor kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) tentang tindakan yang boleh diambil terhadap mereka termasuk pemecatan jawatan.

Berdasarkan mandat itu, tribunal perlu menyiasat terlebih dahulu bagi menentukan sama ada berlaku salahlaku kerana pertuduhannya adalah serius.

Kedua, katanya, soal penelitian dan siasatan kerana perbuatan pesuruhjaya SPR tidak kebal daripada penelitian dan siasatan tribunal semata-mata mereka telah meletakkan jawatan.

“Tribunal mungkin tidk hanya terhad keapda syor bagi pemecatan daripada jawatan yang merupakan hukuman yang paling ekstrem. Masalah tribunal boleh mengemukakan syor lain secara alternatif,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Thomas, peletakan jawatan pesuruhjaya SPR merupakan langkah yang sengaja diambil bagi mengagalkan siasatan tribunal dan untuk mengelakkan keiaban akibat pemecatan.

“Peletakan jawatan mereka dibuat sebaik sahaja terdapat laporan bahawa kerajaan telah memulakan proses untuk menubuhkan tribunal namun tarikh berkuat kuasa dilewatkan secara sepihak kepada 1 Januari 2019,” katanya.

Kesan sebenar, katanya, hasil keputusan prosiding tribunal itu boleh membawa implikasi kewangan yng langsung kepada hak dan faedah-faedah persaraan.

Menurut beliau, tribunal bebas untuk membuat keputusan berkenaan isu awalan seperti diinginkan dan membuat syor kepada YDPA.-MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/01/29/kegagalan-ag-nasihat-pm-isu-tribunal-tak-boleh-diterima/