Pengarah MARA Wilayah Persekutuan, Raja Sarimah Raja Jamaluddin (enam kanan) bergambar kenangan dengan peserta usahawan dan pengurusan LOKA Malaysia selepas Sesi Penerangan bersama Peserta MARA In Fashion @SOVO Bagi Program Pemasaran Komprehensif MIF di Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 31 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA), melalui MARA In Fashion (MIF), kini melangkah ke depan memperkembangkan industri fesyen tempatan melalui Program Pembangunan Strategi Pemasaran Usahawan MIF@SOVO kelolaan MARA Wilayah Persekutuan.

MIF memberi peluang kepada 10 usahawan muda untuk bertapak dan menjalani latihan untuk memperkenalkan perniagaan mereka selama enam bulan sebelum keluar ke dunia pasaran sebenar.

Melalui program itu, usahawan muda dalam bidang fesyen akan mendapat bantuan dalam bentuk latihan mempersiapkan diri termasuk cara membina rangkaian dan dana.

“Fesyen ini adalah trend yang sentiasa mengikut peredaran masa. Mana-mana pun in life style fokus kepada fesyen.

“Dalam fesyen pun banyak sub kategori (produk fesyen) sebab sub fesyen terlalu besar kita nampak, jadi ini platform yang baik untuk kita kembangkan.

“MIF kita lengkapi dengan kemudahan-kemudahan dari segi kewangan, infra (peralatan) dan juga latihan,” kata Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Yuhaniz Mohamad Padil.

MGF31012019_LOKA MALAYSIA_08
Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Yuhaniz Mohamad Padil pada Sesi Penerangan bersama Peserta MARA In Fashion @SOVO Bagi Program Pemasaran Komprehensif MIF di Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 31 JANUARI 2019

Kerjasama bersama-sama LOKA adalah untuk membuka jalan kepada usahawan terus dikenali di persada fesyen, kata Yuhaniz lagi. 

Untuk rekod, sejak MIF ditubuhkan tiga tahun lalu, seramai 40 usahawan muda khusus dalam bidang fesyen telah dilahirkan. 

“Kita memulakan MIF pada tahun 2016 dengan 20 orang usahawan muda yang kita ambil melalui temuduga,” ujarnya lagi.

MARA dalam melaksanakan program yang dijangka berakhir Julai nanti ini bekerjasama dengan LOKA Malaysia yang merupakan hub menempatkan usahawan tempatan.  -MalaysiaGazette