Mahathir Mohamad
Gelagat Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 01 FEBRUARI 2019

PUTRAJAYA – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini masih lagi dalam rundingan dengan pihak berkaitan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkembangan projek berkenaan masih belum boleh didedahkan kerana masih menunggu keputusan rundingan itu.

“Saya tidak boleh cakap apa yang berlaku kerana masih tunggu keputusan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Dr Maahthir keputusan mengenai perkara itu akan diumumkansecepat mungkin.

Ditanya sama ada beliau mahu menerima cadangan China bagi mengurangkan separuh kos ECRL, Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu membuat “andaian secara hipotesis”.

Bagaimanapun, kenyataan bercanggah beberapa menteri sebelum ini membuatkan hasil tawaran terbaru itu menjadi tanda tanya.

Katanya, ia sekali gus mendedahkan status ECRL dan cabaran politik serta diplomatik yang dihadapi kerajaan di bawah pipmpinan dalam rundingan semula kontrak terbabit.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan Reuters semalam yang mendakwa China menawarkan untuk mengurangkan hampir separuh kos pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai AS$20 bilion dalam usaha menyelamatkan mercu tanda projek pembangunannya di Asia Tenggara.

Menurut sumber, China Communications Construction Co Ltd (CCCC) menawarkan untuk mengurangkan separuh kos pembinaan berjumlah RM67 bilion ringgit atau AS$16.39 bilion bagi jajaran landasan sepanjang 688 kilometer.

Pengurangan itu hanya bagi kos membabitkan pembinaan, tidak termasuk kos kadar faedah dan kos pengambilan tanah. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan