TERKINI : Selangor Rugi RM5 Juta Akibat Vendalisme

Kerajaan Negeri Selangor terpaksa membelanjakan hampir RM5 juta bagi membaik pulih pencawang elektrik yang menjadi mangsa vendalisme oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, kerajaan negeri perlu membelanjakan sehingga RM15,000 bagi setiap unit pencawang elektrik yang dirosak dan dicuri wayarnya.

“Kawasan Pelabuhan Klang ini besar dan keseluruhan kawasan yang terlibat dan terjejas akibat vendalisme ialah RM4.7 juta kos baik pulih dan mengganti semua wayar yang hilang.

“Sebab itu kos baik pulih lebih tinggi daripada kos bina pencawang elektrik baharu, kalau baik pulih kena korek balik, kena pasang balik, kenal pasti dan buka balik.

“Ada kawasan-kawasan pihak JKR selalu baiki selepas mendapat aduan daripada orang awam apabila lampu jalan tidak menyala.

Terdahulu Azmizam bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Balai Polis Daerah Klang Selatan membuat tinjauan kesan vendalisme di beberapa pencawang elektrik jalan raya dan lampu isyarat di sekitar Laguna Park, Jalan Kem dan Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah serta Telok Gong, di sini.