Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin akan berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group, Lee Yeow Seng pada 29 Mac akan datang.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin akan berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group, Lee Yeow Seng pada 29 Mac akan datang.

PETALING JAYA – Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin akan berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group, Lee Yeow Seng pada 29 Mac akan datang.

Sinchew Daily melaporkan, majlis perkahwinan akan berlangsung secara ‘berprofil rendah’ di Kuala Lumpur.

Bee Yin malahan dijangka tidak akan mengadakan kenduri di kampungnya di Segamat, Johor.

Seorang kawan rapat kepada bakal pengantin mengesahkan bahawa majlis perkahwinan akan diadakan pada akhir Mac.

Beberapa artis terkenal seperti Michael Wong dan Fish Leong pula menerima tempahan persembahan, keadaan yang menyebabkan khabar mengenai majlis perkahwinan menteri tersebut terdedah.

Bee Yin dilaporkan bercinta dengan Yeow Seng selepas ‘persahabatan’ mereka dibongkar kawan karib mereka pada Disember lalu.

Selain mengemudi sebuah syarikat terkemuka, Yeow Seng, 40, juga merupakan anak bongsung kepada hartawan, Tan Sri Lee Shin Cheng yang mengetuai Kumpulan IOI.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan