Foto Metro.

MEXICO – Seorang Ahli Parlimen negara ini letak jawatan selepas dikritik hebat gara-gara tindakannya cuba mencium bibir seorang pengacara televisyen dalam sebuah program televisyen.

Metro.uk.com melaporkan, Jose Maria Armenta bertindak demikian selepas muncul sebagai tetamu program El Mejor Dia.

Dia kemudian bertindak lebih agresif apabila berpaling kepada seorang lagi pengacara, Alejandra Leon dan cuba mencium bibir wanita itu.

Leon kemudian mengelak dengan menolak Armenta dengan tangan dan sekali gus cubaan itu gagal dilakukan.

Armenta kemudian melepaskan pengacara itu namun tindakannya dikritik hebat hingga dia meletak jawatan.

Dalam satu kenyataan, Armenta turut memohon maaf kepada Leon. – MalaysiaGazette