Pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini.
Pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini.

ENGLAND – Bintang tengah Manchester United, Marouane Fellaini melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Super China Shandong Luneng.

Pemain Belgium itu terbang ke China pada Khamis selepas beraksi lima tahun setengah di Old Trafford.

Fellaini, 31, menyertai the Red Devils dari Everton dengan nilai penghijrahan 27 juta dollar pada tahun 2014 oleh David Moyes yang menggantikan legasi Sir Alex Ferguson.

Fellaini menandatangani kontrak dua tahun musim lalu sehingga 2020 bersama Man United.

“Semua di United mengucapkan selamat tinggal kepada Fellaini atas khidmatnya selepas menandatangani untuk kelab Shandong Luneng Taishan FC di China,” kata kelab dalam kenyataan rasmi hari ini.

Fellaini hanya beraksi selama tiga minit di bawah Pengurus Sementara Ole Gunnar Solskjaer musim ini.

Fellaini membantu Manchester United dibawah bimbingan Jose Mourinho menjulang Piala FA 2016 dan Liga Europa 2017. – MalaysiaGazette