Polis mengesahkan terima laporan mengenai program bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi.
Polis mengesahkan terima laporan mengenai program bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi.

LANGKAWI – Polis mengesahkan terima laporan mengenai program bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata lima laporan tersebut dibuat oleh anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi di Balai Polis Kuah pada 4.30 petang semalam.

“Laporan dibuat oleh lima anggota PPBM berhubung program bekas perdana menteri itu di kawasan Pantai Cenang hari ini (2 Feb).

“Polis mengambil maklum dan sudah menasihatkan pihak penganjur, mereka berjanji hanya membuat program minum pagi sahaja di dalam restoran dan tiada sebarang ceramah akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata polis akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Sementara itu berdasarkan laporan polis itu, pengadu mahu polis menjalankan siasatan dan tinjauan sama ada program tersebut mendapat permit, ada unsur hasutan serta perkauman.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan