Anak legenda F1 Ferrari, Mick Schumacher melawat muzium khas kejayaan bapanya yang dikongsi dalam Instagram untuk tatapan umum.

MILAN – Anak kepada juara dunia tujuh kali Formula Satu, Michael Schumacher melawat muzium yang mendedikasikan kepada bapanya di Itali.

Mick Schumacher merupakan pelumba Formula 2 berusia 19 tahun.

Mick telah berkongsi gambar gambar lawatannya ke muzium bapanya di media sosial Instagram.

Pada 3 Februari lalu, Ferrari melancarkan pameran khas di ibu pejabatnya di Maranello.

Pameran khas tersebut bersempena ulang tahun kelahiran ke-50 legenda F1 itu.

“Michael memiliki tempat khas dalam sejarah Ferrari.

“Muzium ini dihiasi gambar-gambar Michael yang mendedikasikan kariernya untuk kejayaan Ferrari selama ini,” kata pasukan itu.

Pelumba sensasi F1 kelahiran Jerman itu parah ketika meluncur salji pada 2013 dan mengalami koma.

Kini beliau dirawat dan dijaga keluarganya di Switzerland tanpa sebarang maklumat lanjut mengenai proses pemulihannya.

Mick Shumacher mengikuti jejak bapanya dengan memenangi Formula 3 tahun lalu dan dipilih menyertai akademi pemandu Ferrari.

Mick akan bersaing dalam Formula 2 tahun ini bersama pasukan Prema.

Menurut Mick, ia merupakan peluang keemasan untuk mencapai impiannya berlumba untuk Ferrari dalam Formula 1 seperti bapanya suatu hari nanti.

Keluarga Schumacher mewujudkan sebuah aplikasi rasmi Michael Schumacher yang merupakan ‘Muzium Maya’ mendedikasikan pencapaian legenda tersebut.- MalaysiaGazette