TERKINI : Op Selamat 14 “Jumlah Kemalangan Menurun 23%” – Ketua Polis Kuala Lumpur

Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, polis telah mengeluarkan sebanyak 8353 saman terhadap pemandu jalan raya di ibu negara.

Secara keseluruhannya kata beliau Op Selamat 14 yang memasuki hari keenam ini menyaksikan penurunan dari segi rekod kemalangan kali ini iaitu hanya dua kemalangan maut melibatkan motosikal berbanding Op Selamat 12 tahun 2018 menyaksikan lima penunggang motosikal maut.

“Jumlah kemalangan yang direkodkan kali ini ialah 1,140 kemalangan manakala tahun lepas sebanyak 1367 direkodkan penurunan sebanyak 23 peratus.

“Ini menunjukkan satu perkembangan yang baik terhadap usaha penguatkuasaan kami yang juga melibatkan operasi secara memberi nasihat kepada pemandu selain mengeluarkan saman.

“Enamk kesalahan utama ini tidak akan berkompromi dan akan terus ditekankan terhadap pengguna jalan raya.

“Kita mahu mereka yang meneruskan perjalanan supaya memandu secara berhemah dan tidak melanggar undang undang jalan raya sehingga menyebabkan kejadian tidak diingini,” tegas beliau.- MalaysiaGazette