Dr. Asyraf memegang botol minuman Hausboom sebagai tanda kesediaannya mempromosi produk keluaran tempatan itu.
Dr. Asyraf memegang botol minuman Hausboom sebagai tanda kesediaannya mempromosi produk keluaran tempatan itu.

KUALA LUMPUR – Kontroversi pengasas produk minuman Hausboom dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdullah turut mendapat perhatian Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Dengan memakai baju sukan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu mengayakan sedang minum Hausboom berperisa strawberi.

“Nak tolong promosi jus minuman Hausboom keluaran anak muda bumiputera,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau hari ini.

Semalam, usahawan muda, Azri Zahier Azmi mengkritik Syed Saddiq kerana tidak memenuhi janjinya untuk memberikan promosi produk minuman beliau sebagai dijanjikan.

Beliau yang kecewanya dengan menteri belia itu meluahkan isi hatinya sehingga dikecam oleh penyokong Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Bagaimanapun, Azri Zahier telah memohon maaf di atas kekasaran bahasanya, tetapi pada masa sama mempertahankan apa yang berlaku antara beliau dengan Syed Saddiq sebelum ini.

Menurut Dr. Asyraf, beliau bersedia membantu usahawan muda itu memperkenalkan minuman keluarannya tanpa menuntut bayaran komisen.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan Azri Zahier agar menjaga tutur katanya pada masa depan.

“Jangan risau saya tidak akan tuntut komisyen. Cuma sedikit nasihat buat anak muda pengasas produk ini, molek jaga tutur kata pada masa depan.

“Maafkanlah YB Menteri muda yang masih baru lagi tu. Syabas Anak Muda,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Saya yang bantu Hausboom masuk 7-Eleven, kata Syed Saddiq

Artikel berkaitan: Syed Saddiq kencing usahawan muda?

Artikel berkaitan: Pengasas Hausboom mohon maaf kepada Syed Saddiq

Artikel berkaitan: ‘The power of media sosial’ korek cerita Hausboom, Azri Zahier