Wayne Rooney
Wayne Rooney

WAHINGTON – Belas kapten England, Wayne Rooney merasakan beliau masih memiliki kualiti untuk bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain pasukan Major League Soccer (MLS), DC United yang berusia 33 tahun itu berkata, kualitinya tidak pudar dan masih boleh bersaing dengan pemain terbaik dunia, lapor Reuters.

“Daripada segi kualiti, saya berpendapat saya masih boleh bermain dalam EPL. Saya tahu mengenainya, saya sentiasa menjadi individu yang mempunyai keyakinan, oleh itu saya mempunyai harapan yang tinggi terhadap diri sendiri,” kata Rooney dalam satu temubual.

Rooney menyertai DC United pada Julai lalu dan membantu mengubah nasib pasukan itu pada pertengahan musim apabila menjaringkan 12 gol bagi membolehkan DC United menempah tiket ke pusingan kalah mati.

Pada suatu ketika pasukan itu berada pada tangga tercorot liga.

Bekas kapten Everton itu dinamakan sebagai finalis untuk Anugerah Pemain Paling Bernilai MSL. – Agensi