Donald Trump. foto Reuters

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yakin strategi serta komitmennya dalam memerangi pengganas Daesh di Syria akan tumpas dalam tempoh seminggu lagi.

Agensi melaporkan, Trump berkata, beliau menjangkakan kumpulan militan itu akan kehilangan kesemua wilayah yang dikuasainya di Syria dalam tempoh kurang daripada seminggu.

Jelas Trump yang telah mengundurkan sekurang-kurangnya 2,000 anggota tentera AS keluar dari Syria sejak Disember lalu selepas membuat pengumuman pihaknya telah menang dan berjaya menentang Daesh.

“Kita akan buat pengumuman minggu depan secara rasmi, buat masa ini yang ingin saya cakap hanyalah tentera kita (AS), pasukan pakatan serta tentera Demokratik Syria serta Iraq sudah berjaya bebaskan semua wilayah yang dikuasai militan Daesh sebelum ini.

“Saya boleh katakan, kita sudah 100 peratus berjaya, tunggulah pengumuman kita secara rasmi minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan mesyuarat dengan pegawai kanan keselamatan daripada 70 buah negara di Jabatan Negara, AS.

Trump juga dengan megah menyatakan AS adalah sebuah negara yang amat kuat dan sukar ditandingi dan kekal begitu pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Trump memohon bantuan kewangan selain sokongan padu diberikan kepada negaranya untuk hubungan lebih baik pada masa hadapan.

“Kita sangat kuat dan kuat. Kita akan perangi Daesh habis-habisan. Mereka kini hanya tinggal sisa sahaja.

“Kita akan lakukan apa sahaja untuk mengalahkan semua orang dalam kegilaan Daesh dan mempertahankan rakyat kami daripada radikal Islam, itu ikrar saya,” tegasnya. –MalaysiaGazette