Bangunan Utusan Melayu (M) Berhad

KUALA LUMPUR- Opulance Asia Sdn. Bhd. mengambil alih 31.6 peratus kepentingan Utusan Melayu (M) Bhd.

Menurut kenyataan di Bursa Malaysia hari ini, Opulance Asia yang dimiliki oleh Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir telah membeli 35 juta syarikat akhbar tersebut pada harga 19 sen sesaham.

Pembelian tersebut menamatkan penguasaan UMNO di dalam akhbar berbahasa Melayu itu.

UMNO sebelum ini merupakan pemegang saham terbesar dengan menguasai 49.7 peratus kepentingan atau 55.1 juta unit saham diikuti Nilai Setar (M) Sdn. Bhd. dengan 14.76 peratus kepentingan (16.34 juta saham). – MalaysiaGazette