Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump tidak akan bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping sebelum 1 Mac ini, tarikh akhir yang ditetapkan untuk kedua-dua negara menyelesaikan rundingan berhubung perdagangan.

Keadaan itu mencetuskan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat tidak mampu menyelesaikan rundingan perdagangan dengan China sebelum Washington bertindak menaikkan tarif pada 2 Mac ini.

Minggu lalu, Trump memberitahu beliau merancang untuk bertemu Jinping bagi menyelesaikan isu-isu akhir sebelum rundingan perdagangan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas dua hari rundingan antara pegawai-pegawai perdagangan kedua-dua negara berlangsung.

Amerika Syarikat telah mengancam untuk menaikkan tarif sebanyak AS$200 bilion ke atas barangan China kepada 25 peratus daripada 10 peratus pada 2 Mac jika rundingan itu gagal.

Kenaikan tarif itu akan meningkatkan harga bagi syarikat-syarikat dan pengguna-pengguna produk yang diimport dari China.

Sebagai tindak-balas, China pula sudah pasti akan mengenakan tarif yang sama ke atas barangan Amerika Syarikat.

Perang perdagangan ini akan menjejaskan ekonomi kedua-dua kuasa besar itu.

Trump dan perunding perdagangan utama, Robert Lighthizer berkata, tarikh akhir 2 Mac adalah muktamad dan Amerika Syarikat tidak akan melanjutkannya lagi. – MalaysiaGazette