90 JUTA??? Nik Mohamad Abduh Tidak Tahu | Edisi MG 8 FEBRUARI 2019

Keputusan untuk mengekalkan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menimbulkan sedikit mengecewakan akar umbi PKR.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Amirudin Shari, Keputusan mengekalkan calon dari Bersatu telah ditetapkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan dan ia tidak akan mematahkan semangat muafakat gabungan itu untuk saling bekerjasama semasa berkempen nanti.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Amirudin Shari sebelum ini sendiri mendedahkan bahawa terdapat desakan daripada akar umbi PKR yang mahu calon parti itu dipertandingkan dalam Pilihanraya kecil itu Mac depan.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan beberapa anggota parti itu termasuk dirinya telah menerima dana sebanyak RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nik Abdul Aziz selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kelantan mengulas mengenai rakaman audio yang didakwa membabitkan dirinya dalam skandal dana RM90 juta berkata ia tiada kaitan dengannya dan perkara itu adalah karut dan fitnah.

Portal berita semalam melaporkan tiga ahli politik dijangka hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima RM90 juta disyaki daripada 1MDB yang dikatakan dimasukkan ke akaun beberapa pemimpin PAS.

Menurut Kementerian Kewangan, Harga runcit petrol RON97 naik empat sen seliter kepada RM2.27 bagi tempoh 9 Februari sehingga 15 Februari manakala RON95 pula naik kepada RM1.97 seliter berbanding RM1.93 seliter sebelum ini.

Dalam pada itu, bagi menstabilkan harga runcit diesel pada paras RM2.18 seliter sekiranya harganya melebihi paras itu, harga runcit diesel bagi tempoh 9 Februari 2019 sehingga 15 Februari 2019 adalah dikekalkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa Peningkatan harga pasaran global ini telah menyebabkan kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel.