SPRM buka bilik gerakan sepanjang PRK DUN Semenyih
Gambar hiasan
JOHOR BAHRU – Seorang bekas Anggota Parlimen bergelar Datuk di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung dua kes menerima suapan wang dan sebidang tanah bernilai RM230,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 56 tahun itu juga merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA).

Beliau ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 12.40 tengah hari tadi dan berkemungkinan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok.

Difahamkan, semasa menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA, beliau mengunakan kedudukannya untuk mengambil tindakan mengesyor dan meluluskan pelantikan sebuah syarikat pencetakan yang disyaki beliau mempunyai kepentingan bagi kerja-kerja penerbitan Akhbar 1Suara di FELDA daripada tahun 2012 hingga 2015 yang dianggarkan bernilai lebih RM13 juta.

Sebagai balasan, pada 2013, beliau telah menerima suapan wang ringgit bernilai RM50,000 dan pada 2014 pula, beliau telah menerima sebidang tanah di Mukim Kota Tinggi, di sini, bernilai kira-kira RM180,000.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan bahawa bekas anggota Parlimen itu akan menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA