Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan empat sebatan terhadap lelaki yang berumur 56 tahun itu bagi kesalahan merogol dan 10 tahun dengan dua sebatan bagi setiap dua pertuduhan seksual fizikal.
Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan empat sebatan terhadap lelaki yang berumur 56 tahun itu bagi kesalahan merogol dan 10 tahun dengan dua sebatan bagi setiap dua pertuduhan seksual fizikal.

SINGAPURA – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dua minggu dan enam sebatan selepas didapati bersalah menetak seorang tukang masak gara-gara permintaannya yang mahukan roti prata percuma tidak dipenuhi.

Hukuman terhadap Murugan Joseph, 45, berserta denda S$3,000 itu dikenakan kelmarin selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan sengaja menyakiti defendan, memiliki senjata dan mengeluarkan kata-kata kasar.

Difahamkan, Murugan bersama dua lagi rakannya yang juga penganggur, Balachandran Kothandapani, 58, dan Farizal Rahmat, 36, yang bekerja sendiri sering ke kedai makan Habib’s Express di Clementi untuk meminta makana percuma.

Ketika kejadian kira-kira pukul 5.15 petang pada 29 Julai tahun lalu, Murugan dan Balachandran ke kedai itu dan meminta roti prata percuma namun tidak diendahkan tukang masak, Revi Jose Vibin, 33.

Pertengkaran mula tercetus selama 10 minit antara mereka sebelum Murugan menghempas pinggan dan beredar.

Tidak lama kemudian, dia kembali ke kedai itu bersama Farizal dengan membawa sebilah pisau.

Ketiga-tiga lelaki tersebut tidak dapat menahan marah selepas permintaan mereka untuk mendapatkan roti prata percuma buat kali ketiga diendahkan, lalu Murugan bertindak menetak kepala mangsa.

Penganggur itu dan dua rakannya kemudian ditahan polis.

Timbalan Pendakwa Raya Awam, Shenna Tjoa berkata, Murugan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau antaranya mencuri sebotol air dari kedai serbaneka selain sering mabuk.

Sebutan kes melibatkan dua rakannya akan dilakukan kemudian. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan