Johan Azam Mohd Yasin
Johan Azam Mohd Yasin

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak Menteri Besar, Datuk Osman Sapian menunjukkan bukti sijil ijazah asli yang dikatakan diperolehinya dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ketuanya, Johan Azam Mohd Yasin berkata, tindakan itu bagi membersihkan dirinya yang kini turut terpalit dengan tuduhan dan dakwaan konon memiliki sijil akademik palsu.

Kata beliau, jika Osman gagal menunjukkan berbuat demikian, wajar baginya untuk mengaku secara terbuka telah mengkhianati dan menipu rakyat Johor dan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dengan segera.

“Sehari dua ini viral di laman sosial mengenai Menteri Besar kami memilik ijazah palsu selepas seorang timbalan menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terpalit isu sama.

“Memalsukan ijazah atau kelayakan akademik adalah kesalahan besar dilakukan individu yang tiada integriti, apatah lagi sebagai yang bergelar Yang Berhormat,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Kata Johan Azam, bagaimana seorang menteri besar yang menipu kelayakan akademiknya, meminta rakyat menghormati dan menggangap beliau sebagai pemimpin berkredibiliti?

“Amat memalukan seorang menteri besar tidak jujur terhadap diri sendiri dan rakyat serta sanggup melakukan perkara yang jijik.

“Sebagai pemimpin parti dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor serta kononnya berada dalam parti yang berjuang pada prinsip kejujuran, situasi yang digambarkan itu hanyalah dongengan sahaja,” ujarnya.

Sehingga saat ini, katanya, Osman belum menjawab isu itu dan adakah pasukan media atau pegawai khasnya ketika ini sedang ‘panas punggung’ mencari sumber untuk menangkis tuduhan itu.

“Adakah mereka akan menggunakan alasan sama yang dipakai penyokong PH iaitu menipu sijil tidaklah seteruk mencuri duit rakyat, duit negara.

“Adakah menipu sijil itu lebih mulia dari perbuatan mencuri? Agak mencuit hati alasan sedemikian,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: 

Selepas Marzuki, kini MB Johor pula didakwa ‘miliki’ ijazah palsu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Rakyat bukan pentingkan sangat kelulusan seseorang menteri, asalkan mereka boleh bekerja dengan baik. Tapi kalau menteri sampai ‘ berbohong ‘ dengan kelulusannya, semua rakyat tak suka !

Comments are closed.