Ba;lakrishnanmembunuh isterinya yang jiuga pelakon Tamil dan mencampak anggota badanya yang dikerat dalam beberapa bahagian di sekitar Chennnai.

TAMIL NADU – Seorang Pengarah terkemuka filem Tamil di Tamil Nadu ditahan polis selepas disyaki membunuh isterinya.

Dalam kejadian mengejut itu, Balakrishnan, 51, didakwa membunuh isterinya, Sandhya, 37, yang juga seorang pelakon filem Tamil.

Suspek didakwa membunuh Sandhya sebelum mengerat mayatnya dalam berapa bahagian pada 19 Januari lalu.

Balakrishan didakwa membunuh dan memasukkan anggota badan isterinya  yang dikerat beberapa cebisan dalam beg plastik sebelum mencampakkannya di sekitar Bandaraya Chennai.

Polis berjaya menghidu kejadian sebelum mencekup suspek pada Rabu lalu.

Balakrishnan dicekup selepas polis menyiasat berdasarkan petanda tattoo berupa Dewa Shiva-Parvathi dan Naga pada anggota badan mangsa membantu polis mengesahkan identiti simati sebagai Sandhya.

Polis berjaya mengumpul kesemua anggota badan mangsa yang dikerat dan dicampak di di beberapa kawasan namun masih gagal menemui kepalanya.

Tertuduh cuba menyembunyikan jenayahnya dengan memaklumkan Sandhya telah pulang ke kampung halamannya di daerah Thoothukudi.

Bagaimanapun telefon bimbit mangsa gagal dicapai keluarga dan polis.

Menurut laporan stesen televisyen terkemuka India NDTV, Balakrishnan mengakui membunuh isterinya.

Suspek memberi alasan kononnya meragui kesetiaan isterinya yang membawa kepada pembunuhan itu.

Polis turut memberitahu bahawa Balakrishnan dan Sandhya sering bertelingkah akibat masalah rumahtangga.

“Kami sudah menjumpai anggota mayat yang dicampak dalam bungkusan termasuk dalam tong sampah, tetapi masih mencari kepala berdasarkan maklumat suspek,” kata Inspektor Alvin.

Sandhya juga pernah melaporkan gangguan suaminya kepada polis tahun lalu bahawa dia didera Balakrishnan.

Pasangan itu telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2000 sebelum berpisah secara sah tahun lalu.

Balakrishnan pernah mengarahkan filem Kadhal Ilavasam (Cinta Percuma), dan dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem baharu.

Balakrishnan juga didakwa pernah memaksa isterinya Sandhya mendapatkan bantuan kewangan dari keluarganya untuk membiayai filem baharunya.- MalaysiaGazette