Foto mirror.co.uk

LONDON – Penyerang sensasi Juventus, Christiano Ronaldo kini berdepan dugaan besar dalam hidup apabila ibunya Dolores disahkan sedang bertarung dengan kanser payu dara.

Mirror.co. melaporkan, Dolores sebelum ini pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketulan kanser di bahagian payu daranya pada 2007.

Namun ketika ditemu bual oleh sebuah stesen televisyen di Itali, wanita berusia 64 tahun itu mendedahkan dia masih bertarung melawan penyakitnya itu walaupun pembedahan tersebut berjaya.

“Kami juga merancanf membina sebuah taman di pusat rawatan kanser di hospital untuk memberikan sedikit sebanyak sokongan kepada para pesakit kanser,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan