Foto Instagram Rozita Che Wan.

KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berkongsi azab yang bakal diterima mereka yang sering mengambil mudah mengenai isu menutup aurat.

“Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung di atas apa neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungannya.

“Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang. pedihnya tidak terkira,” tulisnya.

Sejak kebelakangan ini, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu sering menggayakan pakaian yang agak longgar di media sosialnya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan