KUANTAN – Dendam terhadap keluarga mangsa dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, di Pekan Sabtu lepas, kata polis.

Siti Masitah Ibrahim, 11, dipercayai dibunuh dengan kejam pada hari yang sama dia dilapor hilang 30 Jan lepas dan mayatnya ditemui dalam keadaan tragis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan berkata polis menahan seorang lelaki Kemboja berusia 23 tahun pada 31 Jan selepas menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak berketurunan Kemboja itu.- BERNAMA