Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR – Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz antara nama-nama yang dilantik membarisi Majlis Tindakan Ekonomi.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata, Majlis Tindakan Ekonomi akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.

Tan Sri Rafidah Aziz

Rafidah AzizMatlamat utama majlis ini adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Ia juga juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah.

Majlis ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

Ahli-ahli lain adalah seperti berikut:

Datuk Seri Azmin Ali – Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Lim Guan Eng – Menteri Kewangan

Datuk Ignatius Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Baru Bian – Menteri Kerja Raya

Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi Perdana Menteri

Professor Dr. Jomo Kwame Sundaram – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)

Tan Sri Dato’ Sri Tay Ah Lek – Pengarah Urusan Public Bank

Dr Hasnita Hashim – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat

Datuk Shireen Ann Zaharah binti Muhiudeen – Pengerusi Bursa Malaysia

Tan Sri Dato’ Dr Mohd Munir Abdul Majid – Pengerusi Asean Business Advisory Council, Malaysia

Datuk Dr Paul Selvaraj – Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah – Peguam

Nizam Mahshar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut MASA

Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta, kata kenyataan itu.

Sekretariat bagi Majlis Tindakan Ekonomi ini adalah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.

  • MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan