Ringgit gagal mengekalkan kenaikannya semalam apabila dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS apabila para pelabur beralih kembali kepada aset lebih berisiko, kata para peniaga.

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan perang perdagangan antara AS dan China yang mungkin berlaku semula telah mengalihkan minat pelabur kepada mata wang negara maju itu.

Ketika ditutup hari ini, ringgit berada pada 4.0700/0750 berbanding dolar AS daripada 4.0670/0720 yang dicatatkan pada Jumaat minggu lalu.

Peniaga berkata berdasarkan rundingan peringkat tertinggi antara kedua-dua kuasa ekonomi itu yang dijadualkan bermula pada Khamis, pelabur dilihat tidak berminat dengan mata wang negara pesat membangun, termasuk ringgit.

“Peserta pasaran tidak yakin dua ekonomi itu akan mencapai satu perjanjian,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia kukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9953/0001 daripada 2.9988/9029 pada Jumaat minggu lalu dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6913/6961 daripada 3.7023/7079.

Unit tempatan tinggi berbanding euro kepada 4.5999/6060 daripada 4.6059/6124 serta naik berbanding pound Britain kepada 5.2495/2576 daripada 5.2590/2667. – MalaysiaGazette