Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 Disember 2018

KUALA LUMPUR – Keputusan tujuh bekas ahli parlimen UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak merencatkan parti.

Timbalan Presiden yang memangku tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia juga tidak menghalang agenda kelansungan parti.

“UMNO menganggap mereka tidak lagi apa jua pertalian dan hubungan dengan UMNO.

“Pemilihan mereka menyertai mana-mana pihak pasca UMNO adalah hak mereka sepenuhnya,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad juga merakam ucapan terima kasih atas sumbangan kesemua mereka dalam UMNO sebelum ini.

UMNO, katanya, akan terus memfokuskan agenda pemulihan parti yang kini mendapat momentum dan sokongan terbaik daripada semua pihak.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/12/tujuh-ahli-umno-akhirnya-diterima-masuk-bersatu/

1 Komen

  1. Setuju dengan Tok Mat.. Cuma sedihnya sikap pemimpin yang dipilih tak punyai sikap perjuangan. Tapi itulah hakikat berpolitik di negara kita. Kalau beginilah sikap yang ada, bagaimana sekiranya negara dilanda musibah peperangan. Apakah mereka ini akan lari bersembunyi atau kekal dibenteng hadapan. Jangankan kata bunyi peluru atau bom, bunyi mercun pun dah kalut cabut lari…

Comments are closed.