Marko Simic
Marko Simic

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Negeri Sembilan dan juga Melaka United, Marko Simic berdepan dakwaan melakukan kekasaran terhadap seorang wanita ketika di dalam kapal terbang.

Menurut laman News Australia, Simic yang kini beraksi untuk Persija Jakarta akan dihadap hari ini ke Downing Centre Local Court di Sydney ketika insiden dalam perjalanan dari Jakarta.

Simic ketika itu bersama kelabnya dalam perjalanan ke Sydney untuk menentang Newcastle Jets dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Selepas didakwa di mahkamah, dia perlu terbang semula ke Australia untuk menyelesaikan hal tersebut.

Bagaimanapun, peguamnya telah meminta pihak mahkamah untuk mempercepatkan proses tersebut disebabkan jadual Simic yang ketat.

Namun hakim tidak membenarkannya kerana mahkamah memberi alasan kes Simic akan dilayan sama seperti kes-kes yang lain.

Ini kerana mahkamah perlu mematuhi prosedur dan memudahkan semua pihak termasuk anggota polis.

Simic dan Persija Jakarta memulakan kempen untuk menyertai kelompok elit bola sepak Asia dengan menentang Newcastle Jets sebagai pasukan bukan pilihan.

Selain dari Persija Jakarta, pasukan negara iaitu Perak turut akan menyertai pusingan kelayakan iaitu dengan menentang Kitchee FC di Stadium Perak, Ipoh malam ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan