Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia berada dalam wajaran pasaran pada awal dagangan dengan sentimen berhati-hati berhubung perkembangan luaran, kata peniaga.

Pada 9.14 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,685.79, turun 2.77 mata daripada 1,688.56 penutup Isnin.

Indeks itu dibuka 3.66 mata lebih kukuh pada 1,692.22.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 192 berbanding 99 dengan 181 kaunter tidak berubah manakala 1,381 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Sejumlah 175.42 juta saham bertukar tangan bernilai RM82.91 juta. – BERNAMA