Rodrigo Duterte
Rodrigo Duterte

MANILA – Presiden Rodrigo Duterte berkata beliau mungkin menukar nama Filipina suatu hari nanti dan cadangan menamakannya ‘Maharlika’ sebelum ini yang dikaitkan dengan bekas presiden, Ferdinand Marcos adalah cadangan yang baik.

Duterte yang sering mengelak Filipina dilkaitan dengan asal usul penjajahan Sepanyol berkata, adalah lebih baik menukar nama Filipina kepada sesuatu yang lebih sesuai dengan identiti ‘Melayu’, lapor abs-cbn.

“Filipina ditemui oleh Magellan yang menggunakan duit Raja Philip… Ia adalah OK. Mari tukar hari kita. Mark (Marcos) betul… dia mahu menukar (kepada) Maharlika,” katanya ketika berucap di Maguindanao.

Negara itu diberi nama Filipina oleh raja Sepanypl, Raja Philip II pada kurun ke-16 ketika Filipina masih lagi dijajah Sepanyol. Pengembara Sepanyol,Ruy Lopez de Villalobos, menamakan “Las Islas Filipinas” untuk kepulauan nusantara itu.

Sebenarnya, Senator Eddie Ilarde yang mencadangkan nama Filipina ditukar kepada Maharlika yang dikatakan bermakna mulia.

Bagaimanapun, perkataan ‘maharlika’ juga bermakna orang yang bebas dan bukannya raja, putera atau bangsawan, menurut ahli sejarah.

Tiada bukti gugusan kepulauan atau sejarah yang meyokong kewujudan kerajaan digelar “Maharlika’ di Asia Tenggara.

‘Kerajaan Maharlika’ turut dikaitkan dengan dakwaan sebuah puak Tagean-Tallano yang memiliki gugusan kepulauan Filipina.

Marcos juga menggunakan “Maharlika’ dalam memalsukan rekod tenteranya semasa Perang Dunia II, menurut para penyiasat Tentera Amerika Syarikat (AS).

Beliau mendakwa memimpin sebuah pasukan gerila dikenali ‘Unit Maharlika’, namun menurut New York Times “antara 1945 hingga 1948 perbagai pegawai tentera menolak dua permohoanan Marcos untuk pengiktirafan rasmi unit tersebut dengan menyifatkan ia diperbesar-besarkan, menipu, berlawanan dan tidak masuk akal’.

Para penyiasat tentera akhirnya membuat kesimpulan bahawa Maharlika adalah khayalan yang diwujudkan dan ‘tiada unit seumpama itu wujud’ sebagai organisasi gerila semasa perang tersebut. – Agensi