Mohamed Salah
Mohamed Salah

MILAN – Juventus merancang untuk mengikat khidmat penyerang Mesir, Mohamed Salah.

Juara bertahan Serie A Itali itu meneliti untuk mengemukakan tawaran sebanyak 175 juta pound untuk bintang Liverpool tersebut.

Berita itu ternyata mencetuskan trauma kepada penyokong tegar Liverpool dalam keadaan the Kops sedang bersaing untuk merebut gelaran pertama Liga Perdana Inggeris selepas 29 tahun.

Khabar angin menyatakan Juventus mahu mengikat khidmat Salah sebagai menggantikan Paolo Dybala yang hanya menjaringkan gol dua kali dalam 20 penampilan musim ini.

Juventus sudah memiliki bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo di hadapan.

Namun khidmat Salah sangat diperlukan the Old Lady untuk menguatkan jentera serangan sebagai pasukan terbaik di Eropah.

Salah telah menjaringkan gol ke-64 karier bersama Liverpool dalam aksi EPL menentang Bournemouth semalam.

Walaupun baru dua musim bersama Liverpool kelajuan dan kelincahannya menembusi gawang lawan meletakkan pemain itu antara penyerang terbaik dunia ketika ini. – MalaysiaGazette