Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR –Rafizi Ramli membuat ramalan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan masuk jerat sendiri dengan kerancakannya mereka-cipta troll di laman sosial Facebook dan Twitter.

Naib Presiden PKR itu berkata, kebelakangan ini ada beberapa kesilapan troll yang telah dibuat bekas Presiden UMNO itu yang dikatakan bakal menjerat dirinya sendiri.

“Saya tengok Najib terlalu seronok dengan kebolehan teamnya mereka-cipta troll. Kebelakangan ini (dapat dihidunya) ada beberapa kesilapan troll yang dibuat, yang akan menjerat dia.

“(Namun), biarkan dia masuk jerat itu. Tak lama lagi kita tarik jerat itu,” katanya dalam ciapan di Twitternya semalam.

Bagaimanapun, hantaran Rafizi itu, yang tewas merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, mendapat kecaman dan kritikan panas daripada para netizen.

Seorang netizen yang memakai nama Pejuang Melayu Islam @ PejuangMelayu 69 meninggalkan komen dalam akaun Twitter Rafizi dengan menyatakan, ada dia kesah dan macam beliaulah, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) banyak buat troll, mereka-reka cerita dan fitnah.

Netizen FairdausMB @PenghuluFirdaus pula mempersoalkan Rafizi kenapa panas dengan troll Najib, atau beliau takut banyak lagi isu akan dibongkarkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

“Tak payahlah nak buat ugutan. Minta tolonglah team kerajaan Pakatan Harapan (PH) kau itu buat kerja betul-betul, jangan banyak menipu rakyat,” katanya.

Netizen Rahmat meninggalkan komen, “Cai panas dengan bekas Perdana Menteri yang tidak ada apa dah. Kuasa pun tidak ada,” tulisnya.

“Tolong buat kerja-kerja menepati janji PRU14, team awak tu dah bertukar jadi kerajaan, tapi kenapa mentaliti masih pembangkang? Tak boleh move on ke? Bila nak “beranak” kalau macam ni” soal netizen Amin Farij Hasan.

Ramlee meninggalkan komen, “manusia sentiasa nampak kesilapan orang, kesilapan sendiri tak pernah hendak mengaku. Biasalah tu. Nama pun kaki fitnah,” ujarnya.

Ohoi pula memberi komen, “Dulu pun team Pakatan bukan main seronok hentam dan tuduh Tun Dr Mahathir macam-macam, siap cakap kalau menang PRU nak tangkap dan dakwa Dr Mahathir. Kesudahannya korang jilat semua itu semula dan angkat dia jadi Perdana Menteri. Macam itu boleh pula? Bangsat betul perangai team pakatan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan