Aaron Ramsey Foto Daily Express.

LONDON – Teka-teki masa depan Aaron Ramsey terjawab apabila pemain tengah Arsenal itu mengikat pra kontrak baharu bersama Juventus.

Daily Mail melaporkan, kontrak yang bernilai lebih 83 juta pound untuk tempoh empat tahun akan membolehkan Ramsey mendapat gaji 400 ribu pound (RM2.1 juta) seminggu.

Kelab gergasi Serie A itu turut mengesahkan pemain antarabangsa Wales tersebut telah menandatangani kontrak empat tahun untuk menyertai mereka menjelang musim baharu nanti sebaik sahaja kontrak bersama Arsenal tamat.

“Saya ingin mengambil perhatian secara peribadi kepada semua penyokong Arsenal yang setia dan banyak membantu.

“Anda menerima saya ketika remaja di sini dan telah melalui pelbagai situasi jatuh bangun sepanjang berada di kelab ini. Dengan rasa berat hati saya meninggalkan kelab selepas 11 tahun berada di London.

Ramsey, 28, bakal menjadi pemain British yang keenam bersama Juventus.

Dua pemain sebelum ini juga dari Wales iaitu John Charles dan Ian Rush.

Ramsey lulus dua pemeriksaan kesihatan bulan lalu dan akan menyertai Juventus pada 1 Julai ini.

Arsenal dalam satu kenyataan mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain itu.

“Sejak berpindah dari Cardiff City pada tahun  2008, Ramsey telah memberi sumbangan luar biasa kepada kelab.

“Dia tetap menjadi pemain istimewa di hati semua penyokong Arsenal di seluruh dunia walau di mana dia beraksi selepas ini,” ujar kenyataan kelab. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan